logotype
Makanan Tradisional PDF Print E-mail
Written by Administrator   
Monday, 04 April 2011 03:28

Di Pilah homestay pengunjung berpeluang bersama-sama memasak makanan-makanan tradisi negeri ini. Masakan-masakan terkenal tempatan seperti masak lemak cili api, gulai tempoyak daun kayu, masak lemak bunga durian, rendang betik muda, gulai kuning pucuk ubi, sambal tumis pucuk ubi, gulai kuning kulit rambai muda, masak lemak udang dengan rebung, masak lemak kuning pisang muda, masak lemak kuning nangka muda, umbut masak lemak putih, dan berbagai lagi.

Pengunjung juga berpeluang melihat pokok-pokok atau tanaman-tanaman yang sukar dilihat dikawasan Bandar seperti kelelawai, jering. Pengunjung juga dapat bersama-sama memasak lemang dan rendang serta menghidangkannya sewaktu lemang masih panas.

Generasi muda hari ini disaran supaya mengambil peluang mempelajari ilmu masakan tradisional yang sedia diperturunkan oleh generasi lama agar ianya tidak pupus. Resepi-resepi tradisional ini berupaya diketengahkan dan dikomersialkan.

Masyarakat di Pilah Homestay juga kaya dengan masakan kuih mueh tradisional. Kueh buah sepang merupakan kueh tradisional tempatan yang membawa imej orang Negeri Sembilan. Kuih lain yang terdapat di sini termasuklah kuih bahulu, kueh sekaya bakar,

Lemang amat popular di hari-hari perayaan seperti Aidilfitri dan aidiladha. Lemang sudah menjadi kemestian masyarakat setemoat bila menyambut hari lebaran. Namun demikian, lemang juga di sediakan pada hari-hari lain yang istimewa oleh penduduk di sini.

Perubahan gaya hidup masyarakat Melayu telah tidak menjejaskan langsung kepentingan lemang. Walaupun tidak ramai golongan yang mahir menyediakan lemang, namun lemang yang telah dikomersialkan pengeluarannya dapat dibekalkan kepada mereka yang memerlukan. Anak-anak muda hari ini wajar menjaga harta warisan besar ini agar tidak pupus.

Makanan untuk sarapan pagi juga merupakan sesuatu yang penting bagi setiap suri rumah di Pilah Homestay. Sarapan pagi adalah makanan pembuka hari yang memerlukan khasiat dan tenaga. Beberapa masakan untuk sarapan pagi secara tradisional di Pilah Homestay masih kekal di sediakan oleh suri-suri rukmah di sini. Antaranya ialah Nasi Lemak Sambal Bilis, dan pulut mangga bersambal.


Last Updated on Tuesday, 05 April 2011 11:17